KOMPONEN PENDIDIKAN
KURIKULUM
Kurikulum
yang digunakan adalah berpandukan Modul Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkembangan murid
akan dicapai melalui enam tunjang yang dilaksanakan secara bersepadu iaitu :
1. Tunjang Komunikasi
- Bahasa Malaysia
- Bahasa Inggeris
2. Tunjang Sains dan Teknologi
- Awal Sains
- Awal Matematik
3. Tunjang Kerohanian, Sikap dan
Nilai
- Pendidikan Islam
* Aqidah
* Ibadah
* Sirah
* Akhlak
* Asas Bahasa Al-Quran dan Jawi.
- Pendidikan Moral
4. Tunjang Fizikal dan Estetika (perkembangan
fizikal dan
penjagaan kesihatan/perkembangan
kreativiti)
5. Tunjang Kemanusiaan
6. Tunjang Ketrampilan Diri (perkembangan
sosioemosi)
Dalam
melaksanakan kurikulum bersepadu, kami telah mengaplikasikan program 5M iaitu :
*Membaca
*Menulis
*Mengira
*Menaakul (menghayati)
*Menghafaz
TADIKA
NURUL IMAN juga telah menyediakan modul-modul yang boleh menjadikan
pembelajaran sebagai satu pengalaman yang menggembirakan, bermakna dan berkesan
Iltizam
kami ialah murid-murid yang belajar di TNI akan
boleh membaca, menulis dan mengira sekurang-kurangnya peringkat asas
sebelum masuk tahun satu.
No comments:
Post a Comment