Keselamatan
- Bangunan tadika hendaklah
dalam keadaan selamat dan bahan binaannya bukan daripada bahan mudah
bakar.
- Hendaklah mengadakan
sekurang-kurangnya 2 buah pintu keluar bangunan dan pintu tersebut
hendaklah mudah dibuka tanpa halangan.
- Jerajak besi yang dipasang
di tingkap bilik hendaklah boleh dibuka jika berlaku kecemasan/kebakaran.
- Dapur hendaklah diasingkan, terutama
apabila menggunakan LP Gas.
- Alat pemadam api hendaklah
diadakan mengikut syor Jabata Bomba dan Penyelamat.
- Perabot, alat permainan dan
bahan-bahan lain yang digunakan tidak membahayakan.
- Semua punca kunci elektrik
hendaklah sama ada tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak atau dilindungi
secukupnya.
- Kolam renang atau tempat yang boleh menampung air hendaklah dalamnya mengikut ukuran yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan. Kawasan tersebut berpagar.
Kesihatan
- Kawasan, bangunan dan lantai
hendaklah bersih dan selamat.
- Bilangan tandas hendaklah
mencukupi dan dalam keadaan bersih, selamat dan selesa untuk kanak-kanak.
- Ada kemudahan membasuh yang
sesuai dan mencukupi.
- Ada peralatan pertolongan
cemas yang lengkap.
- Tiap-tiap bilik hendaklah
mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi.
- Ada kemudahan pembuangan
sampah yang sesuai dan mencukupi.
Murid
- Umur murid tadika ialah di antara 4 hingga 6 tahun. Sesebuah tadika tidak dibenarkan mengambil kanak-kanak di bawah umur 4 tahun.
- Sesebuah tadika tidak boleh menolak kemasukan seseorang kanak-kanak atas alas an jantina, ras, agama, kelas atau keadaan fizikal. Jika ada kanak-kanak cacat fizikal atau kurang upaya, pengurus tadika hendaklah dengan kerjasama ibubapa atau penjaga kanak-kanak itu menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menyenangkan pembelajaran dan pergerakan kanak-kanak tersebut.
No comments:
Post a Comment