Tuesday, 17 December 2013

LOKASI TADIKA NURUL IMAN :)

Seksyen 6, Jalan Rajawali 6/6, 40000, Shah Alam.


LOGO TADIKA NURUL IMAN






MAKSUD LOGO

Bintang :melambangkan pencapaian kanak-kanak melalui 5 aspek.
       I-       Aspek intelek
      II-    Rohani
     III-  Jasmani
      IV-    Emosi
      V-      Sosial


Hati : melambangkan kasih sayang antara satu sama lain.



MAKSUD WARNA LOGO

Merah :melambangkan sebagai tenaga,kekuatan,keriangan,tabahan,             matlamat kerjaya,revolusi,keazaman.

Kuning :kebijaksanaan,imaginasi,minat,semangat,harapan,ingatan,opte           mis,kepercayaan,persefahaman,dan falsafah.

Pink     :keceriaan yang dicoretkan oleh kanak-kanak.

KOMPONEN PENDIDIKAN

KURIKULUM 
Kurikulum yang digunakan adalah berpandukan Modul Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkembangan murid akan dicapai melalui enam tunjang yang dilaksanakan secara bersepadu iaitu :
       1.  Tunjang Komunikasi
  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris

       2.   Tunjang Sains dan Teknologi
  • Awal Sains
  • Awal Matematik

      3.   Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
  •  Pendidikan Islam

                *    Aqidah
                *   Ibadah
                *   Sirah 
                *   Akhlak
                *  Asas Bahasa Al-Quran dan Jawi.   
  • Pendidikan Moral


        4.  Tunjang Fizikal dan Estetika (perkembangan fizikal dan
             penjagaan kesihatan/perkembangan kreativiti)


        5.  Tunjang Kemanusiaan


        6.  Tunjang Ketrampilan Diri (perkembangan sosioemosi)

Dalam melaksanakan kurikulum bersepadu, kami telah mengaplikasikan program 5M iaitu :
         *Membaca
         *Menulis
         *Mengira
         *Menaakul (menghayati)
         *Menghafaz


TADIKA NURUL IMAN juga telah menyediakan modul-modul yang boleh menjadikan pembelajaran sebagai satu pengalaman yang menggembirakan, bermakna dan berkesan

Iltizam kami ialah murid-murid yang belajar di TNI akan boleh membaca, menulis dan mengira sekurang-kurangnya peringkat asas  sebelum masuk tahun satu.
TATACARA PENGURUSAN KELAS

• Merancang
• Mengelola
• Mengawal
• Membuat refleksi
• Menjalin hubungan guru-murid
PENGGAL DAN CUTI PERSEKOLAHAN

CUTI KELEPASAN AM 2013
PERKARA
TARIKH
HARI
* TAHUN BARU
1 JANUARI
SELASA
# MAULIDUR RASUL
24 JANUARI
KHAMIS
# HARI THAIPUSAM
27 JANUARI
AHAD
* TAHUN BARU CINA
10 dan 11 FEBRUARI
AHAD dan ISNIN
* HARI PEKERJA
1 MEI
RABU
#HARI WESAK
24 MEI
JUMAAT
* HARI KEPUTERAAN DYMM
1 JUN
SABTU
# NUZUL AL QURAN
26 JULAI
JUMAAT
*HARI RAYA PUASA
8 dan 9 OGOS
KHAMIS dan JUMAAT
* HARI KEBANGSAAN KE 56
31 OGOS
SABTU
*HARI MALAYSIA
16 SEPTEMBER
ISNIN
*HARI RAYA HAJI
15 OKTOBER
SELASA
*HARI DEEPAVALI
2 NOVEMBER
SABTU
*MAAL HIJRAH
5 NOVEMBER
SELASA
#KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR
11 DISEMBER
RABU
*HARI KRISMAS
25 DISEMBER
RABU

CARA UNTUK PENDAFTARAN

Borang pendaftaran boleh didapati di Tadika Nurul Iman. Tarikh tutup pendaftaran pada 29 november 2013. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor yang tertera.
07-2757955
Keselamatan

  • Bangunan tadika hendaklah dalam keadaan selamat dan bahan binaannya bukan daripada bahan mudah bakar.
  • Hendaklah mengadakan sekurang-kurangnya 2 buah pintu keluar bangunan dan pintu tersebut hendaklah mudah dibuka tanpa halangan.
  • Jerajak besi yang dipasang di tingkap bilik hendaklah boleh dibuka jika berlaku kecemasan/kebakaran.
  • Dapur hendaklah diasingkan, terutama apabila menggunakan LP Gas.
  • Alat pemadam api hendaklah diadakan mengikut syor Jabata Bomba dan Penyelamat.
  • Perabot, alat permainan dan bahan-bahan lain yang digunakan tidak membahayakan.
  • Semua punca kunci elektrik hendaklah sama ada tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak atau dilindungi secukupnya.
  • Kolam renang atau tempat yang boleh menampung air hendaklah dalamnya mengikut ukuran yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan. Kawasan tersebut berpagar.
Kesihatan
  • Kawasan, bangunan dan lantai hendaklah bersih dan selamat.
  • Bilangan tandas hendaklah mencukupi dan dalam keadaan bersih, selamat dan selesa untuk kanak-kanak.
  • Ada kemudahan membasuh yang sesuai dan mencukupi.
  • Ada peralatan pertolongan cemas yang lengkap.
  • Tiap-tiap bilik hendaklah mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi.
  • Ada kemudahan pembuangan sampah yang sesuai dan mencukupi.
Murid
  • Umur murid tadika ialah di antara 4 hingga 6 tahun. Sesebuah tadika tidak dibenarkan mengambil kanak-kanak di bawah umur 4 tahun.
  • Sesebuah tadika tidak boleh menolak kemasukan seseorang kanak-kanak atas alas an jantina, ras, agama, kelas atau keadaan fizikal. Jika ada kanak-kanak cacat fizikal atau kurang upaya, pengurus tadika hendaklah dengan kerjasama ibubapa atau penjaga kanak-kanak itu menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menyenangkan pembelajaran dan pergerakan kanak-kanak tersebut.
PENGUSAHA
Pengusaha Tadika Nurul Iman ialah Puan Noreliza Binti Raimi.

Beliau sangat berpengalaman dalam mengendalikan tadika. Beliau mempunyai kelulusan Master dalam bidang pendidikan kanak-kanak. Sebelum ini, beliau mencari pengalaman di Tadika Perpaduan Taman Jenalin,Segamat selama 3tahun. Dan meneruskan kerjayanya di Taska Sri Setia di Sungai Besi,Selangor selama 2tahun setengah. Dan kini, beliau menubuhkan tadikanya sendiri di Seksyen 6/6, Shah Alam. Beliau mempunyai beberapa staf.
KADAR YURAN
Kami menerima pendaftaran kanak-kanak seramai 25 orang.
Berikut adalah bayaran pendaftaran Tadika Nurul Iman :
1.       YURAN PENDAFTARAN
PENDAFTARAN : RM50
INSURANS : RM25 (setahun)
BUKU :RM250 (satu semester)
UNIFORM(2 set) : RM60
T-SHIRT (1 set): RM25

TOTAL : RM410

2.  YURAN TRANSIT                        
          Pendaftaran setahun  = RM   50.00
          Yuran bulanan            = RM 100.00

3.  YURAN IQRA'  - bermula bulan Febuari 
     ( untuk murid yang berminat )
           Pendaftaran                  =   RM 10.00
           Buku dan fail kotak       =   RM 12.00
           Yuran bulanan              =   RM  20.00